Apa kaitan EXAM dengan RAMADHAN nih?
sekarang en ngah musim exam..
yang aku perhati la setakat nih en,
musim exam nih sama je dgn musim ramadhan
kenapa ya?
tengok la. time exam la baru nak minta maaf, salam-salam bagai
baru lah nak bermahmudah, bangun qiyam, solat sunat dll...
time nih jugak la baru nak jaga hubungan dengan Tuhan, Al-Quran dan kawan-kawan..
serupa je dengan musim ramadhan..
betul tak?
time pelawat datang sekolah, bijak pulak anda kata sekolah hipokrit la suruh beri salam la,
jaga perlakuan la, jaga percakapan la. jaga aurat la. suruh itu. suruh ini. blablabla..
tapi, anda sendiri bangun qiyam, buat baik, jaga solat, adab dll time minggu exam..
tak hipokrit ke?
tuh lagi teruk hipokritnya
biar hipokrit depan manusia, jangan hipokrit depan Pencipta
Tepuk Dada Tanya Hati
Dan yang aku sangat-sangat pelik la
Kenapa musim exam boleh bangun 1/3 malam dengan mudahnya,
Tetapi, tiada kudrat untuk bangun pada hari-hari biasa? hm..
Tepuk Dada Tanya Iman
Ilmu yg kita dah belajar tuh jangan lah sekadar atas kertas shj
amalkan la..
tiada guna 13, 14, 15, 16, 17 tahun kita belajar tetapi kita tak amalkan
rugi wey. sia-sia je masa kita.
belajar tuh biar niat yg betul. jangan tersasar menyimpang ke longkang pula
akhir kata, tajdid niat . belajar biarlah kerana Allah. Ikhlaskan hati.
mahu berjaya perlu usaha. tiada usaha tiada hasil.
ingat! Jangan hipokrit dengan DIA.. :)