Gila. Itu aku gelar kepada manusia. Manusia memang gila. Gila tak bertempat.
Gila sana. Gila sini. Ahh... Manusia memang gila.
Semalam. 16 Sept. Hari Malaysia. Hari cuti. Budak asrama tak balik rumah. Homesick nak
bunuh diri. Eh tak tak. Hihi. Itu idea dari mana tah. Nih ada kisah. Time roll call semalan depan blok
nak bagi duty. Duty tandas, banyak tak puas hati. Haha. Padan muka, siapa suruh turun lambat lagi.
Duty yg lepas, ada dorm yg tak buat tugas. Kali nih, dorm tersebut kena 2x ganda. Itu tandanya denda
kepada mereka. Dendanya mudah. Bersihkan surau dan bilik wuduk je pun.Tapi, sekelompok senior
tak puas hati. Mencarut bagai macam bagus sangat ler. Katanya duty surau hanya tugas badar. Nih aku nak tanya,n badar je ke yg guna surau? Semua kan? Haish.. manusia. Bercakap tak berupa.
Bersihkan surau dapat pahala pun, dicaci maki. Ini yang aku kata manusia memang gila.
Pagi tu memang sengit. Berbalas kata antara f5 dan f4. Senior maki hanum/ Pergh.. hebat. F4 tegur
jangan mencarut. Dibalas pula, '' mencarut itu perkara biasa''. JANGAN BIADAP! '' Eh, gy mampus ler ''
Ya Allah.. panasnya hati. Badan aku menggigil tahan marah. Fuhh.. hebat. Sangat hebat. Hebat sungguh tentangan hakak-hakak ni. Tidak semua hanya sekelompok. Tak sedar ke anda sedang trial?
Tak sedar ke anda akan menghadapi SPM? Oh, ye! Aku lupa. Mereka hebat. Mereka pandai belaka.
Pejam mata pun boleh jawab apa sahaja.
Hm.. Manusia memang gila. Kejar dunia semata tak pikir akibatnya. Ini namanya jauh dari Tuhan.
Hati gelap. Hati kosong. Al-Quran hentah ke mana. Zikir babi yang basah di mulut. Sedar la weyh.
Hm. Fikir sebelum bercakap.