‘Hawau, report Bio kau dah siap?’,tanya
Amir kepada Irfan.
‘Dah. Kau nak after en? Aku tahu. Tak
da- tak da. Mampus kau. Buat sendiri’.
‘Sial kau. Cenni kawan ak.’, Amir
merajuk. Konon.
‘Haha. Aku gurau je ler, bodoh. Kalau nak,
pergi ambik atas locker aku’.
Hafiz yang sedang membaca buku terganggu
dengan perbualan mereka. Hanya mendengar. Tak mampu bersuara. Bisik hati
kecilnya, ‘Tak boleh dibiarkan!’.
***
Waktu selepas maghrib, sesi tazkirah
spontan dijalankan. Undian dibuat melalui cebis-cebisan kertas di dalam botol.
Then, nama Hafiz menjadi pentazkirah pada malam itu.
‘Assalamualaikum, muslimin. Nama aku
Hafiz. Tazkirah yang aku dapat hari ini ‘mencarut’. Wow! Hebat tajuk ni. Haha. Mencarut
ni bagi aku la tak bagus sebenarnya. Petang tadi aku terdengar perbualan 2
orang manusia ni. Aku dengar banyak
sangat perkataan mencarut yang keluar daripada mulut mereka’, kata Hafiz.
Amir dan Irfan yang mendengar dan terasa,
kemudian membantah.
‘Eh sial! Benda biasa ler tu. Lahmak.
Normal ler bagi lelaki sia’, balas Irfan.
‘Abang, harap bersabar. Memang benda
biasa di sekolah kita. Tapi, pada pandangan agama, elok ke?’, Hafiz menjawab
dengan tenang.
‘Cibai ar. Kau nak libat pasal agama
pulak. Lantak ler. Aku yang mencarut. Hak aku ler,sial! Kat luar sana banyak je
umat Islam mencarut’, Amir pula membidas.
‘Sebab itulah kita yang bersekolah agama
ni menjadi pengubah mereka yang di luar sana. Lagipun, akhlak mencarut ni yang
membuat orang lain pandang hina pada Islam. Nama Islam teruk bukan sebab Islam
sendiri tapi Umatnya sendiri yang burukkan. Ke mana-mana kita pergi, kita pikir
kita bawa nama kita. Kita salah. Sebenarnya, kita bawa nama kita, nama family
dan imej Islam sendiri. Buruk kita tunjuk, buruklah imej agama kita’, panjang
lebar Hafiz menerangkan.
Amir dan Irfan hanya terdiam. Tak mampu
membalas kata.
Hafiz menyambung lagi, ‘Benda yang kita nampak
remeh. Nampak kecil. Sebenarnya effectnya besar. Ayuh muslimin, jangan sebab kita
lelaki, kita mesti tunjuk kasar, Tidak! Rasullulah itu lelaki. Tak pernah
berkasar pada umat.Baginda hanya bertindak tegas bukan bertindak kasar. Ayuh
ubah diri menjadi yang lebih baik. Segala yang baik itu datang daripada Allah
dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri. Sekian sahaja tazkirah saya
pada malam ini’.
Amir dan Irfan datang menghampiri Hafiz
lalu memeluknya. ‘Terima kasih, Fiz’, ucap mereka.
Hafiz hanya mengangguk lalu beredar dari
situ.