Perempuan. Aku perempuan.
Aku suka jadi perempuan. Sebab perempuan ni lain macam perangai. Unik tetapi
complicated nak faham. Aku pun tak faham diri aku. Haha. Tutup!
Aku sedihla actually ar
tengok perempuan di luar sana. Mereka tak sedar ke apa yang mereka buat tu salah.
Hanya tahu cantik tapi aurat macam ayam golek. Ayam golek pun bayar tau. Ramai
berebut mahu molek tapi tidak berebut untuk jadi cerdik. Kenapa macam tu? Mahu
menarik perhatian dari ajnabi yang sebenarnya licik.
Bila dah ditarik, mulalah
terkedek-kedek macam itik. Maka terhasilnya, golongan yang aku namakan
‘comel-molek-otak-golek-golek’. Puak ni bersepah-sepah seperti di pasar borong.
Kalau nak, ambil. Kalau tak nak, letak balik. Tiada apa nak dihairankan. Lumrah
sekarang macam ni la jadinya. Tiada apa yang pelik.
Perempuan yang ada akal dan
mata hati boleh dikira dengan jari, beb. Orang sekarang pandang luar cantik
tapi tak pandang yang dalam molek. Dan apabila golongan
‘cerdik-akidah-molek-molek’ ini kurang cantik , pada pandangan stereotaip tadi,
mereka jadi ghaib.Kecantikan dalaman cuma
dilihat oleh mata hati yang positif. Kecantikan luaran dinilai oleh mata kepala
yang dihasut hasutan syaitan. Kasihan mereka.
Manusia makin nazak. Bijak
mencipta beribu jenis berlian, tapi tak mampu beza kaca dan intan. Pasal
teknologi bukan main tinggi,sana hiburan sini hiburan, tapi fikiran cetek paras buku lali tiada
kesedaran. Itu majoriti.
Anda memang malas baca buku
kan? Hanya mampu tengok cover depan kan? Di sini aku nak anda faham. Faham
betul-betul. Jika, aku pisahkan isi buku (bukan satu persatu) termasuk muka depan. Then, aku jual. Mana
yang lebih mahal? Isi buku atau kulit buku?
Sudah tentu isi buku. Pakej
isi buku + kulit buku of course lagi mahal. So, jadilah macam buku, yang
luarnya molek, dalammya ilmu cantik. Ada je cover buku tak lawa, nampak hambar
tapi isi dalam tiptop. Mendapat permintaan ramai pula tu.